nuffx

Tuesday 10 June 2014

SAKIT PINGGANG SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua,

Siapa kat sini sedang mengandung sila angkat tangan. Hehe. Tahniah saya ucapkan. Saya pun sebenarnya teringin nak mengandung lagi, tapi yang kecik ni baru berumur setahun setengah, tunggu dia berumur 2 tahun dulu la, baru saya bagi dia adik. Hehe. Insyaa Allah.

Hari ni saya nak cerita tentang perihal yang biasa berlaku pada ibu yang sedang mengandung iaitu sakit pinggang semasa mengandung.

Sakit pada pinggang tu merupakan yang biasa terjadi pada wanita hamil.Namun jika hal tersebut mengganggu keselesaan anda selama tempoh kehamilan, maka perlunya penyelesaian serius dilakukan.

FAKTOR SAKIT PINGGANG SEMASA KEHAMILAN

Ada tiga faktor yang menyebabkan wanita hamil merasakan sakit pada pinggang semasa kehamilan iaitu :

  • meningkatnya hormon semasa kehamilan membuatkan sendi anda tidak stabil sehingga area pelvis mengembang seiring dengan pertumbuhan bayi.
  • kenaikan berat badan mencapai 11-15 kilogram semasa kehamilan yang biasanya rasa sakitnya menjalar sehingga keliling perut.
  • perubahan saiz tubuh yang semakin membesar sehingga mengubah pusat graviti anda sebelumnya.

Aduh sakitnya pinggang ku huhuu


CARA-CARA MENCEGAH SAKIT PINGGANG SEMASA HAMIL

Sebelum sakit pada pinggang menyerang kehamilan anda, tidak salah rasanya anda melakukan beberapa pencegahan. Berikut merupakan beberapa tips mencegah sakit pinggang semasa hamil.
  • menggunakan kasut tanpa tumit tinggi dari awal kehamilan. Hal ini akan mengurangi ketegangan pada tulang. 
  • hindari duduk dengan posisi yang sama pada waktu yang lama.
  • Tidurlah dalam posisi mengiring dengan bantal diantara kedua kaki anda.
  • pada trimester kedua, letakkan bantal di bawah perut anda. Ini akan membuat anda rasa lebih nyaman.
  • gunakan tali penyokong khas untuk ibu hamil yang membantu menyokong perut anda dan mengurangi rasa sakit pada pinggang.
  • jika rasa tegang atau cramp menyerang otot anda, gunakan ais batu atau air hangat untuk menuam pinggang anda setidaknya selama 10 hingga 15 minit.
  • biasakan berjalan kaki paling tidak 20-30 minit setiap hari.
  • perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membongkok atau menegak.
  • hindari mengangkat benda berat atau menggendong anak.

Selain daripada itu, sakit pinggang semasa hamil juga menunjukkan ibu kekurangan kalsium di dalam badan. Maka ibu-ibu disarankan minum susu sepanjang tempoh kehamilan. 

Namun jika ibu-ibu alah dengan susu, ataupun tidak susu minum susu, maka saya sarankan anda mengambil kalsium magnesium dari Shaklee. Namanya ialah Ostematrix Shaklee. Saya amalkan mengambil Ostematrix sepanjang kehamilan dan Alhamdulillah, langsung tidak pernah cramp. 


Amalkan pengambilan Ostematrix sepanjang kehamilan anda.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sebarang produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub dan Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

No comments :

Post a Comment