nuffx

Tuesday 10 June 2014

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA HAMIL

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua,

Hai, hari ini saya tulis entry tentang ibu mengandung lagi. Ibu mengandung suka tak? Hehe. Sebagai seorang ibu, saya rasa penting nya berkongsi dengan semua tentang perihal kehamilan. Terutamanya ibu-ibu muda di luar sana.

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu ibu-ibu elakkan untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan ibu-ibu dan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

Antara makanan yang perlu dielakkan semasa hamil ialah :

1.  MAKANAN MENTAH

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti : 

1.1 Toxoplasmosis
Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

1.2 Cirit-birit
Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

1.3 Jangkitan cacing
Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

1.4 Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

2. VITAMIN A
Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

3. RAKSA
Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

4. GULA
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

5. MAKANAN YANG DIPROSES
Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

6. PRODUK TENUSU
Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh mengandungi bakteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

7. KACANG TANAH
Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

8. TELUR KUNING
Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin mengandungi salmonella. Walaupun jarang memberi kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu dimasak lebih kurang tujuh minit.

Bayi adalah anugerah yang tidak ternilai. Beri yang terbaik untuk bayi anda.

Amalkan doa ini sepanjang kehamilan anda.

Jadi saya sarankan ibu-ibu mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan. Shaklee mempunyai rangkaian makanan tambahan yang terbaik dan diiktiraf di seluruh dunia. Yang penting ianya semulajadi, selamat dan halal.

Saya mengamalkan Shaklee seperti di bawah. Sangat bagus. Dan tanpa ragu-ragu saya juga cadangkan kepada anda. Cubalah. Insyaa Allah anda pasti berpuashati.


Rangkain makanan tambahan Shaklee

Anda boleh bertanya dengan saya supplemen yang mana satukah sesuai dengan anda sepanjang kehamilan. Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempeunyak pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang akan membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call / sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478



No comments :

Post a Comment