nuffx

Tuesday 3 June 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : STATUS HALAL SHAKLEE

Setiap tahun pasti akan timbul tentang status halal Shaklee. Orang ramai akan mempersoalkan tentang status Shaklee. Benarkah halal ataupun tidak. Malah saya sentiasa di 'provoke' oleh lingkungan kawan-kawan saya sendiri tentang persoalan status halal Shaklee.

Tidak mengapalah. Rakyat Malaysia memang terkenal sensitif tentang sumber pemakanan, samada halal atau pun tidak. Maklum sahaja lah, makanan kan akan menjadi darah daging kita. Maka jika mereka bertanya tentang status halal Shaklee, maka saya sangat kagum kerana mereka begitu mengambil berat tentang apa yang mereka akan makan.

Di bawah ini saya lampirkan sijil halal Shaklee bagi mereka yang masih mencari-cari atau tertanya-tanya. Persoalan kedua pula timbul. Kenapa bukan halal daripada JAKIM? Jawapannya kerana JAKIM hanya mengiktiraf status halal untuk barangan buatan Malaysia sahaja. Ya betul, jika JAKIM mahu mengesahkan semua barangan termasuk dari luar negara, saya rasa agak mustahil kerana mereka juga kekurangan sumber. Maklum sahaja lah, barangan import yang masuk ke Malaysia bukan sedikit tetapi berpuluh ribu. Tambahan pula barangan buatan Malaysia yang memang sudah sedia banyak. betul tak?

Ini adalah sijil halal Shaklee

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh dilihat di website JAKIM (My Halal).

Dan sebenarnya terdapat banyak produk Shaklee yang tidak ada di Malaysia. Hanya yang bertul-betul sahih status halal nya sahaja dijual di Malaysia termasuk lah Vitamin E Shaklee, Lecithin Shaklee, Omega Guard Shaklee dan beberapa lagi produk lain yang menggunakan Bovine Gelatine. 

Terdapat isu beberapa tahun lepas mengatakan Shaklee menggunakan gelatin dari sumber yang tidak halal atau bahasa mudahnya gelatin daripada babi. Alhamdulillaah, isu ini telah disangkal oleh Shaklee. Sebenarnya gelatin yang digunakan adalah daripada sumber lembu yang disembelih.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal Shaklee, anda boleh menghubungi pihak Shaklee sendiri di www.shaklee.com.my

Jangan lah hanya mendengar tanpa menyelidik. Jika anda merupakan pengguna dan peminat produk Shaklee, sila guna tanpa was-was kerana ianya 100% halal.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh berjumpa dengan saya di sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan perkhidmatan Poslaju, Gdex dan Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty 
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

No comments :

Post a Comment