nuffx

Sunday 8 June 2014

SOYA PENYEBAB PENYAKIT KRONIK?

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera ye semua,

Hari ni saya nak cerita tentang S.O.Y.A. Kenapa? Sebab soya merupakan makanan dan minuman yang penuh KONTROVERSI. Haha. Kenapa kontroversi? Sebab timbul macam-macam artikel di facebook atau blog yang cerita soya begitu soya begini. Betul tak?

Soya boleh jadi sangat buruk dan boleh juga jadi sangat baik. Bergantung pada siapa yang cerita tentang soya. Contohnya. Kalau kita tanya kepada peminat soya, mestilah mereka akan cakap 'perghhhh soya sedap hingga menjilat jari kaki'. Tapi bila kita tanya pada orang yang tak suka minum soya, mereka akan cakap 'soya tak sedap, sila pilih minuman lain, kang muntah kang'. 

Soya boleh jadi 'superfood', boleh juga jadi makanan penyebab penyakit kronik. Bukan itu sahaja, malah menjadi salah satu agenda kaum Yahudi Laknatulah. Katanyaaaa.

Penelitian terhadap soya memberi argumen terhadap kedua-dua pendapat ini. Mari kita teruskan pembacaan. 

Kacang soya berasal dari Asia Timur (China, Jepun) dan sekarang diusahakan secara besar-besaran di US. Namun begitu, 90% daripada tanaman soya yang diusahakan di Amerika adalah jenis GMO (genetically modified organism), dan juga disembur dengan pelbagai racun serangga, racun rumpai dan sebagainya. 

Bagi peminat soya seperti saya, melihat gambar ini saja cukup untuk membangkitkan selera. Hehe.

Soya dimakan dengan pelbagai cara (tetapi tidak boleh makan mentah-mentah). Misalnya dimakan secara terus selepas direbus, iaitu edamame yang biasa didapati di kedai sushi. Tofu yang menjalani proses penapaian seperti natto dan tempeh. Minuman soya dan pelbagai lagi.

Di Amerika, kacang soya tidak dijadikan bahan makanan secara meluas, kebanyakan kacang soya di US diproses menjadi minyak soya. Dan biasanya dari sisa pembuatan minyak soya inilah diproses menjadi makanan berasaskan soya, termasuk minuman soya!

Jadi tidak hairanlah kalau produk soya yang dihasilkan bukan lagi makanan sihat, tetapi sebaliknya HAMPAS, dan ditambah dengan pelbagai 'added vitamins' 'enriched with vitamin' dan sebagainya.

Malah, produk soya yang namanya minyak soya adalah hasil dari pengekstrakan kacang soya dengan menggunakan larutan bahan kimia heksana. Heksana adalah sejenis pelarut yang diperbuat dari minyak petroleum yang banyak digunakan dalam industri pembuatan makanan termasuklah penghasilan minyak dari tumbuhan!

Salah satu bahan di dalam soya yang dianggap sangat berbahaya kepada kesihatan ialah estrogen yang terdapat dalam soya dalam bentuk phytoestrogen. Banyak kajian terhadap estrogen atau hormon wanita menunjukkan pengambilan estrogen memberi kesan yang buruk kepada fungsi normal hormon estrogen dalam tubuh manusia. Namun kajian-kajian tersebut dibuat ke atas estrogen semata-mata. BUKAN ke atas soya. Kajian yang dibuat ke atas pesakit kanser payudara di China pula menunjukkan sebaliknya! Pengambilan soya tidak memberi kesan negatif kepada penderita kanser tersebut.

Proses penapaian (fermanted) dikatakan menjadi punca kenapa soya tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk Jepun. Namun begitu, orang-orang China tidak menjaankan proses tersebut ke atas soya makanan mereka. Dan memiliki tahan pengidap kanser yang rendah. Kajian juga menunjukkan tiada beza antara soya yang ditapai atau tidak ditapai.

Terdapat satu kajian ke atas wanita yang diberi bahan makanan ekstrak dari soya, yang mana menunjukkan meningkatnya sel efitelial yang berkaitan dengan kanser payudara dalam tubuh mereka. Manakala satu lagi kajian yang mana sekumpulan wanita diberi makanan soya yang tidak menjalani proses seperti di atas, menunjukkan penurunan risiko mendapat kanser payudara.

Ternyata soya sebenarnya bukan tidak bagus, tetapi cara ia dihasilkan (GMO) dan cara ia diproses (menggunakan bahan kimi, hanya ambil hampas, dan sebagainya) menjadikan soya sebagai makanan yang berbahaya!

Maka, pilihlah produk soya yang bukan GMO dan tidak menjalani proses yang mengurangkan khasiat sebenar soya, serta makanlah dengan bersederhana. 

Untuk mendapatkan maklumat tentang soya, sila dapatkan dari pelbagai pihak, dan pelbagai bahan bacaan. Dan jangan hanya mendapatkannya dari penjual produk soya, dan jangan hanya mendapatkannya dari mereka yang anti-soya. Sebaliknya dapatkan bukti-bukti dari kajian yang telah pun dilakukan. Dari banyak kajian yang dibuat, kebanyakan kajian terhadap bahan dalam soya yang dikaji secara isolated (contohnya dalam soya ada isoflavone semata-mata misalnya) memberi kesan positif.

Apa-apa pun, nilai dengan ilmu, buka dengan emosi. Walaupun soya tidak terdapat dalam resepi masakan Timur Tengah (mungkin iklim tidak sesuai untuk ditanam di sana). Namun ia tidak tertulis di mana-mana sebagai haram.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh menghubungi saya Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. 

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex atau Citylink. 

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005/ 010-4647478

No comments :

Post a Comment